26 FEB : Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang tadi, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 km utara Pulau Talaud, Indonesia.
Bagaimanapun, sstakat ini gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.