26 FEB : Tentera Ukraine mendakwa berjaya mematahkan serangan tentera Russia yang menyerang pangkalan tentera di ibu kota Ukraine hari ini.
Dalam kejadian berasingan, agensi Interfax Ukraine berkata, tentera Russia cuba menawan salah satu stesen penjanaan elektrik di bandar itu.
“Penjenayah tentera Russia menyerang satu unit tentera di Kiev di Victory Avenue. Serangan itu telah dilawan balik,” kata angkatan tentera Ukraine dalam siaran berbahasa Inggeris di Facebook.
Ia tidak memberikan butiran dan laporan itu tidak dapat disahkan serta-merta. Peremohy atau Victory, Avenue terletak hanya di sebelah barat pusat Kyiv.