nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kukuhkan strategi depani COVID-19 – Agong

28 FEB: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan mengukuhkan strategi dalam mendepani cabaran COVID-19 dan menyegerakan pemulihan ekonomi negara.

Seri Paduka bertitah, kerajaan perlu membantu dan memudahkan urusan rakyat dalam membina kehidupan mereka semula agar dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Justeru, titahnya, rakyat diseru untuk mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan imunisasi pada tahap optimum dan sebagai benteng menghadapi varian terbaharu.

“Malaysia berada di kedudukan ke-13 daripada 122 buah negara dalam Indeks Pemulihan COVID-19 NIKKEI Asia dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa.

“Bagi memastikan imunisasi kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng menghadapi varian terbaharu, beta menyeru rakyat beta untuk mendapatkan dos penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” titahnya.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, ketika negara bersedia beralih daripada fasa pendemik ke endemik, Seri Paduka mengingatkan agar ia dilaksanakan dengan berhati-hati.

Dalam keadaan itu, Seri Paduka menyokong strategi pengujian COVID-19 kebangsaan dan tindakan affirmatif kerajaan untuk mengurangkan kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti.

“Melalui pendekatan ini, pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial boleh direalisasikan secara selamat,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik Pelan Strategi Kebangsaan Kesihatan Mental Tahun 2020-2025 bagi menangani masalah kesihatan mental rakyat.

Titahnya, perkara itu dapat dilakukan dengan pelbagai langkah intervensi dan bantuan kepada golongan kepada golongan yang terkesan.

“Pada kesempatan ini, beta menyeru kepada rakyat beta untuk terus menjaga kesihatan termasuklah kesihatan mental dan sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat bagi menjayakan matlamat agenda nasional Malaysia Sihat,” titahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.