1 MAC : Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pelan bantuan ketenteraan bernilai 500 juta Euro untuk Ukraine dan bercadang mengenakan beberapa tindakan terhadap Rusia yang disifatkan akan memberi kesan buruk kepada negara itu, kata kesatuan itu menerusi satu kenyataan.
Negara anggota EU juga akan menutup ruang udara mereka ke Rusia dan melarang transaksi mereka dengan bank dari negara tersebut juga menuntut Rusia menghentikan operasi ketenteraan serta-merta dan menarik balik semua tentera serta peralatan ketenteraan tanpa syarat dari seluruh wilayah Ukraine.
Wakil EU, Josep Borrell pada Isnin berkata EU akan menyediakan Ukraine dengan data peninjauan angkasa melalui pusat satelit EU di Madrid, Sepanyol.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pula berkata, NATO menyediakan peluru berpandu anti-pesawat, senjata anti-kereta kebal dan bantuan lain kepada Ukraine.