1 MAC : Sarawak kembali mencatatkan kes positif COVID-19 empat angka dengan peningkatan sebanyak 1,248 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 442 kes yang direkodkan semalam.
Peningkatan itu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak sejak 13 Mac 2020 hingga kini sebanyak 261,060.
Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,230 kes dalam kategori satu dan dua, manakala 18 kategori tiga, empat dan lima.
Daerah Kuching katanya mencatatkan jangkitan baharu tertinggi hari ini dengan 430 kes, diikuti Miri (238), Sibu (180), Bintulu (82), Serian (47) dan Samarahan (45).
Selain itu, Sarikei (39), Kapit (21), Bau (18), Sri Aman (17), Matu (16), Lawas (15), Mukah (11) dan Saratok (10).
Sementara itu, sebanyak 21 daerah di negeri itu mencatat kes satu angka manakala lima daerah lagi sifar kes.