nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan bawa sentimen politik PRN Johor ke Parlimen

28 FEB : Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) diingatkan supaya tidak membawa sentimen kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke Dewan Rakyat ataupun dalam kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ahli Parlimen perlu menghayati titah Yang di-Pertuan Agong supaya kurangkan berpolitik dan fokus kepada usaha membantu rakyat.

“Saya sebagai ketua BBC ingin menegaskan bahawa peranan kita yang utama sekali adalah menyokong kerajaan, bagi memastikan kerajaan itu tidak tergugat, tidak terganggu dengan perkara-perkara yang lain tidak penting.

“Sepertimana yang kita tahu, BBC terdiri daripada pelbagai parti politik, kerajaan kita didukung parti politik yang berbeda, sekarang ini pilihan raya sedang berlangsung.

“Sehubungan itu, saya ingatkan diri saya dan juga rakan-rakan semua daripada BBC supaya jangan dibawa politik di Johor itu ke dalam dewan (Dewan Rakyat) sini, Johor tinggal di Johor itu padang yang berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengingatkan ahli politik di negara ini perlu fokus kepada usaha menjaga kepentingan rakyat.

Menyelitkan ingatan itu dalam dua rangkap pantun pada akhir titah Seri Paduka semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini Al-Sultan Abdullah bertitah kerja yang susah akan menjadi senang jika semua bersatu hati.

Al-Sultan Abdullah bertitah bagi menghadapi 2022, semua pihak diseru mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran Covid-19 dengan pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan agar Malaysia tidak ketinggalan.

Baginda juga menegaskan Ahli Parlimen mesti membantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara kita yang tercinta.

Sehubungan itu, Tajuddin mengingatkan ahli Parlimen BBC supaya memberi fokus kepada isu rakyat dan jangan sekali membangkitkan soal politik.

Bahkan katanya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak pernah menghalang mana-mana menteri dalam kerajaan untuk turun membantu kempen parti masing-masing secara berhemah di Johor.

“Menteri dalam Kabinet pun berlainan parti, bila berlainan parti jangan ingat perdana menteri ini bukan ketua aku.

“Bila kamu dalam Kabinet yang Perdana Menteri yang melantik anda sebagai menteri, timbalan menteri, anda adalah dalam satu pasukan yang tidak lagi berdasarkan kepartian,” jelasnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.