4 MAC : Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah masjid di bandar Peshawar, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat, kata polis.
Sumber polis di kawasan itu memberitahu Xinhua letupan berlaku ketika solat Jumaat di kawasan Kocha Risaldar di Peshawar, dan menambah kata bahawa jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Pasukan penyelamat, polis dan pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.- BERNAMA