Loji nuklear terbesar di Eropah terbakar
4 MAC: Loji kuasa nuklear terbesar di Eropah terbakar selepas serangan tentera Russia ke atas Ukraine, kata jurucakap loji pada Jumaat.
“Akibat tembakan oleh tentera Russia ke atas Loji Kuasa Nuklear Zaporizhia, kebakaran berlaku,” kata jurucakap Andrei Tuz dalam video yang disiarkan di akaun Telegram loji itu.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggesa tentera Russia menghentikan serangan ke atas loji kuasa nuklear terbesar di Eropah susulan berlaku kebakaran di loji berkenaan.
“Jika ia meletup, ia akan menjadi 10 kali lebih besar berbanding Chornobyl!
“Tentera Russia perlu segera menghentikan kebakaran,” katanya menerusi Twitter.