5 MAC: Presiden Russia Vladimir Putin menafikan tentera Russia mengebom bandar di Ukraine dan mendakwa maklumat itu palsu, kata Kremlin pada Jumaat.
Putin menafikan perkara itu menerusi panggilan telefon kepada Canselor Jerman, Olaf Scholz menyifatkan laporan berkenaan sebagai satu propaganda perang.
Kata Kremlin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Putin hanya akan berdialog mengenai Ukraine jika tuntutan Russia dipenuhi.
“Putin mengesahkan Russia terbuka untuk berdialog dengan pihak Ukraine, serta dengan semua orang yang mahukan keamanan di Ukraine. Tetapi dengan syarat semua tuntutan Russia dipenuhi,” kata Kremlin.
Ini termasuk status neutral dan bukan nuklear Ukraine, “denazifikasi”, pengiktirafan Crimea sebagai sebahagian daripada Russia dan “kedaulatan” wilayah pemisah di timur Ukraine.
“Harapan itu telah dinyatakan dan ketika rundingan pusingan ketiga yang dirancang, wakil Kyiv perlu mengambil pendirian yang munasabah dan membina,” tambah Kremlin.
Mesyuarat delegasi seterusnya antara Russia dan Ukraine dijangka pada hujung minggu, menurut seorang perunding Kyiv. – AFP