nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sektor pelancongan terjejas di Johor terima bantuan kewangan

MAC: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membuat bayaran bantuan kewangan kepada sektor pelancongan terjejas di Johor pada bulan ini dan Mei depan.

Bantuan kewangan menerusi peruntukkan Bajet 2022 itu disediakan kepada Syarikat Pengendali Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) Berlesen, Syarikat MM2H, Pemandu Pelancong, Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) serta inap desa yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bayaran sebanyak RM9,000.00 akan diberikan kepada Syarikat TOBTAB dan MM2H.

“Manakala Spa dan PUK akan menerima sebanyak RM3,000.00. Bagi Pemandu Pelancong, mereka akan menerima sebanyak RM1,500.00 dan pengusaha Inap desa (homestay) sebanyak RM1,800.

Nancy (dua dari kiri) bersama penggiat industri pelancongan di Johor Bahru hari ini.

“Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak dua kali mulai bulan Mac dan Mei 2022,” katanya ketika berucap pada program MOTAC bersama penggiat industri dan bicara ilmu di Johor Bahru hari ini.

Menurut Nancy lagi, MOTAC menerusi Tourism Malaysia sedang menganjurkan Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia bagi memperluaskan promosi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memilih inap desa sebagai destinasi pelancongan serta penginapan alternatif selain hotel.

Tambahnya, penganjuran kempen tersebut adalah selaras dengan pelancaran jomhomestay.com yang telah disempurnakan pada 27 November.

Kempen berkenaan juga, katanya bertujuan membantu pengusaha inap desa termasuk golongan belia dalam menghasilkan pakej-pakej menarik serta mengetengahkan produk-produk tempatan melalui media sosial.

Sementara itu, Nancy berkata, pada hari ini orang ramai berpeluang mengikuti program Bicara Ilmu yang memfokuskan kepada tajuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Tujuan kita menganjur majlis Bicara Ilmu dengan berfokus kepada tajuk ini adalah supaya kakitangan kerajaan dan masyarakat hari ini dapat memahami kepentingan hidup dalam suasana penuh muafakat, berintegriti dan harmoni selaras dengan roh penulisan undang-undang itu sendiri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.