8 MAC : Sekurang-kurangnya 21 orang awam, termasuk dua kanak-kanak maut dalam serangan udara di bandar Sumy, timur laut Ukraine, di kawasan lokasi koridor kemanusiaan yang akan dibina berdekatan sempadan Russia, lewat semalam.
Sumy terletak 350 kilometer di timur Kyiv, mengalami pertempuran sengit selama beberapa hari, tetapi tiada maklumat lanjut mengenai serangan itu.
Naib Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, berkata Kementerian Pertahanan Russia bersetuju untuk memulakan koridor awal hari ini dalam surat kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Katanya, koridor itu turut direka untuk menyalurkan penghantaran makanan dan ubat, selain menjelaskan konvoi pertama sepatutnya bermula pada jam 10 pagi, sejam selepas permulaan gencatan senjata diharapkan Ukraine, yang akan berlangsung sehingga 9 malam.
Beliau menyeru Russia untuk ‘segera menyelaraskan’ koridor kemanusiaan dari bandar Volnovakha, Mariupol, Mariupol, serta dari Kyiv, Kharkiv dan kawasan sekitar.