8 MAC : Kes harian COVID-19 di Sarawak mencatatkan peningkatan dua kali ganda apabila sebanyak 1,903 kes baharu di kesan berbanding 857 kes yang dicatatkan pada Isnin lalu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 1,891 kes yang dilaporkan merupakan kategori satu dan dua, manakala enam kes dilaporkan dalam katgeori tiga, lima kes katgeori empat dan satu kes merupakan kategori lima.
‘’Empat daerah mencatatkan kes tiga angka dengan 745 kes di Kuching, Miri (217), Sibu (194) dan Bintulu (154) dam dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes positif,’’ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
JPBN Sarawak juga melaporkan dua kematian melibatkan lelaki berusia 67 tahun di Miri dan wanita berusia 83 tahun di Kuching.