9 MAC : Satu pasukan khas bagi menyiasat isu berkaitan industri ayam dan telur telah ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
MyCC menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penyiasatan dalam isu itu sedang berjalan lancar sejak semalam termasuk menjalankan aktiviti serbuan dan pengambilan kenyataan perusahaan dan individu berkaitan.
“Penubuhan pasukan itu selaras arahan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
“MyCC turut mendapat sokongan dan kerjasama padu dalam aktiviti penyiasatannya, termasuk daripada pihak tertentu yang sedang mempertimbangkan untuk memohon kelonggaran bawah Seksyen 41, Akta Persaingan 2010, untuk membantu MyCC menyiasat perkara ini.
“Seterusnya, MyCC menjemput mana-mana perusahaan lain, pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam untuk turut membantu MyCC dalam penyiasatan ini,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Pihak yang berminat digesa menghubungi MyCC melalui talian di 03-22732277 (IED).