nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan Pan Borneo dilaksana menerusi PFI perlu diperhalusi

10 MAC : Cadangan kerajaan Sabah supaya projek Pan Borneo dilaksanakan menerusi mekanisme Inisiatif Kewangan Swasta atau PFI agar projek ini dapat direalisasikan dalam tempoh jangka masa yang lebih pendek perlu diperhalusi.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris berkata, cadangan bagi mempercepatkan projek Pan Borneo ini disambut baik oleh rakyat Sabah yang sememangnya ternanti-nanti kemudahan infrastruktur awam yang lebih baik.

Menurutnya, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur pada tahun 2024 juga merupakan satu faktor yang tidak boleh diabaikan.

“Bayangkan nanti ibu kota Indonesia berjiran dengan Sabah, sudah tentu ia akan memberi saingan ekonomi, saingan teknologi, serta saingan dan peluang-peluang yang lain.

“Sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dengan negara jiran seperti Indonesia.

“Justeru, pembangunan insfrastruktur dan kemudahan awam, utiliti serta menyediakan prasarana yang lebih baik adalah penting untuk persiapan negeri Sabah,” ujarnya ketika membahas titah Diraja di Parlimen hari ini.

Datuk Zakaria Mohd Edris

Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak menurutnya lagi bakal mampu memacu pembangunan wilayah serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Selain itu, beliau turut menyentuh isu keselamatan di sempadan Sabah-Kalimantan juga merupakan satu aspek yang penting.

Katanya, laluan tikus yang melibatkan penyusupan pendatang haram serta penyeludupan, haruslah diberi fokus yang utama kerana ia tidak sihat untuk ekonomi dan sosial.

“Selain itu, ancaman lanun di Malaysia khususnya di negeri Sabah bukanlah isu baharu.

“Lanun-lanun yang digeruni ini dikenal pasti aktif melakukan jarahan dan serangan ke atas kapal-kapal pedagang di perairan Laut Sulu, Selat Melaka, Selat Singapura sehingga ke Teluk Bengal.

“Menjelang tahun 2000, ancaman yang suatu ketika dahulu hanya dianggap ancaman lanun, kini mulai dilihat berevolusi kepada ancaman berbentuk baharu iaitu ancaman Kidnapping for Ransom (KFR), umpamanya kes penculikan bersenjata, Sandakan pada tahun 2015; serta Tragedi Lahat Datu 2013,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.