11 MAC: Malaysia mencatatkan 30,787 kes jangkitan baharu COVID-19 membabitkan 30,179 penularan tempatan dan 608 kes import, semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web COVIDNOW menyatakan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,741,986 dengan kes aktif sebanyak 314,420 iaitu penambahan 4,260 semalam.
Daripada jumlah kes keseluruhan itu, 302,242 atau 96.1 peratus kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (3,039 atau 1.0 peratus), hospital (8,750 atau 2.8 peratus), Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) (160 atau 0.1 peratus) dan ICU memerlukan ABP (229 atau 0.1 peratus).
Sebanyak 26,457 kes sembuh turut dilaporkan.
Data COVIDNOW turut menunjukkan, sebanyak 26,457 kes COVID-19 sembuh turut dicatatkan, termasuk 70 kematian baharu dan 19 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).