11 MAC : FGV Holdings Bhd (FGV) tidak melantik mana-mana agensi pekerjaan atau syarikat di India untuk mengambil pekerja ladang seperti dalam iklan dan surat yang tersebar, mahupun di mana-mana negara lain.
Menerusi satu kenyataan, FGV berkata, ia juga tidak pernah menggunakan perkhidmatan Searising Overseas Training and Manpower Solution Pvt Ltd atau memberi kuasa kepada syarikat berkenaan untuk mengambil pekerja untuk FGV.
“Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkepentingan dan mana-mana pihak lain supaya berhati-hati apabila menerima maklumat dan iklan mengenai proses pengambilan FGV daripada sumber pihak ketiga dan untuk mengesahkan maklumat secara terus dengan kami di atau layari laman web www.fgvholdings.com,” katanya.