12 MAC : Sebanyak 32,800 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, termasuk 541 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 3,774,786.
Berdasarkan data laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 32,617 kes (99.44%) adalah kategori satu dan dua manakala 183 kes (0.56%) adalah kategori 3, 4 dan 5.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter miliknya, kesemua kes baharu yang dilaporkan semalam direkodkan di Selangor (9,120), Kuala Lumpur (3,349), Pulau Pinang (2,750), Johor (2,566), Kedah (2,508), Pahang (2,006), Negeri Sembilan (1,973), Sarawak (1,745) dan Kelantan (1,580).
“Diikuti Perak (1,494), Sabah (1,176), Terengganu (1,100), Melaka (838), Perlis (251), Putrajaya (231) dan Labuan (113),” jelasnya.
Dalam pada itu, sebanyak 76 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,643 kes manakala sebanyak sebanyak 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,869 kes.
Sementara itu, terdapat 8,858 kes di hospital, dengan 380 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan, manakala 231 kes dengan bantuan pernafasan.