12 MAC : Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tumbang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang apabila keputusan tidak rasmi memperlihatkan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi DUN berkenaan.
Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Abd Mutalip Abd Rahim sebagai calon baharu BN di DUN berkenaan memperoleh majoriti lebih besar iaitu 3,016 undi, berbanding 364 undi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Alhamdulillah, ini kemenangan keenam,” katanya ketika mengumumkan perkara tersebut di ibu pejabat UMNO, di Kuala Lumpur malam ini.
Mengikut kiraan tidak rasmi, Abd Mutalip mendapat 7,722 undi, mengetepikan Maszlee yang sekadar memperoleh 4,756 undi, selain dua lagi pesaing, Alagenthiran Krishnan daripada Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Shafiq Othaman (Parti Pejuang Tanahair) dengan masing-masing 1,297 undi serta 174 undi.