12 MAC : Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Barisan Nasional menang selesa di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menerusi ciapan di Twitter miliknya.
“Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 44 kerusi DUN. Teruskan berdoa. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN demi #KestabilanMasaDepan rakyat dan negeri Johor,” tulis beliau.
Bagaimanapun setakat ini tiada keputusan rasmi yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini.
BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan selepas PRN Melaka pada November tahun lalu.