12 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di atas kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Menerusi ciapan di twitter miliknya, Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih di atas kerja keras kepimpinan, jentera dan petugas-petugas BN di PRN Johor.
“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional.
“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!,” ujarnya.