12 MAC : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan Barisan Nasional (BN) dalam kiraan tidak rasmi berjaya memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, sekali gus menepati sasaran gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.
“Alhamdulillah seperti nombor pendaftaran kenderaan Presiden, 38, kita menang dan peroleh majoriti dua pertiga. Hidup BN,” katanya di ibu pejabat UMNO Johor, Johor Bahru, malam ini.