12 MAC : Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa dengan memperolehi kejayaan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Kejayaan BN menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah malam tadi.
Selain itu, Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) 3; manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.
Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 2,597,742 pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRN Johor dengan golongan berusia 21 hingga 29 tahun adalah kumpulan teramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor penggal ke-14 daripada Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat, pada 23 Januari lalu.