Laman web kerajaan Israel lumpuh akibat digodam
15 MAC : Beberapa laman web termasuk milik kerajaan Israel lumpuh selepas menjadi sasaran serangan siber semalam, mengakibatkan halangan akses kepada beberapa laman web untuk seketika.
Lembaga Siber Kebangsaan Israel berkata, gangguan perkhidmatan (DDoS) dikesan ke atas penyedia komunikasi yang dalam dalam beberapa jam yang lalu dan setakat ini, semua laman web itu sudah kembali berfungsi.
Bagaimanapun setakat ini, kerajaan Israel masih tidak dapat mengesan pihak yang melakukan penggodaman berkenaan.
Ketika diakses kembali semula di Israel, kumpulan pemantau web NetBlocks berkata, rangkaian kerajaan Israel itu ‘tidak boleh dicapai di peringkat antarabangsa’.
Akhbar harian Israel Haaretz pula berkata, sumber dalam pertubuhan pertahanan negara itu percaya ia adalah serangan siber terbesar pernah dilancarkan terhadap negara itu.
Kementerian Perhubungan Israel berkata, mereka akan menjalankan penilaian situasi dengan perkhidmatan kecemasan di Kementerian Perhubungan, berikutan serangan siber yang meluas di laman web kerajaan.