15 MAC : Malaysia merekodkan sebanyak 22,030 lagi kes positif baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif bagi kes jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat sebanyak 3,845,601.
Daripada jumlah 21,636 kes baharu itu, 394 kes daripadanya adalah kes import dan setakat ini, sebanyak 308,942 kes masih aktif sehingga semalam, di mana sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di rumah, membabitkan seramai 298,123 individu.
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 33,872 kes sembuh semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,502,760 yang pulih daripada jangkitan COVID-19 ketika ini.
Seramai 2,031 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 8,400 pesakit menjalani rawatan di hospital.