15 MAC: PAS memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat tempoh.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata langkah itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat terutamanya dalam keadaan negara bakal memasuki fasa endemik.
“PAS mengikut perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan kepada usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.
“Justeru, PAS membuat pendirian supaya DUN bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan hingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.