16 MAC : Sebanyak 95 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik COVID-19 kini meningkat kepada 33,994 orang.
Berdasarkan data KKM di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, terdapat 304,147 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 293,435 individu atau 96.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 2,123 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 8,213 kes dirawat di hospital dan 376 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).Kes ICU membabitkan 154 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 222 lagi memerlukan mesin ventilator.