16 MAC : Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pantai selatan wilayah Jawa Barat pada 10 pagi waktu Indonesia Barat hari ini.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer berada pada 7.94 darjah selatan dan 106.94 darjah timur.
Media tempatan melaporkan penduduk di bandar Sukabumi, Jawa Barat, lari meninggalkan rumah masing-masing.
Gegaran sederhana turut dirasai di Bandung, Bekasi dan Jakarta, termasuk bandar satelit, Tangerang dan Depok. Tiada laporan mengenai kerosakan teruk atau kemalangan jiwa.-BERNAMA