17 MAC: Lebih 500 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di Tawau, petang tadi.
Bomba yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang menugaskan 49 anggota membabitkan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, dan Bomba Komuniti Kampung Kitingan, dengan lima buah bot.
Ketua Balai JBPM Tawau, Julius John Stephen Jr, berkata sehingga kini, operasi mengawal dan memadam kebakaran di kawasan penempatan atas air itu masih dijalankan menggunakan sumber air terbuka.
“Struktur rumah yang diperbuat daripada papan, selain kedudukannya yang begitu rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan begitu cepat.
“Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” kata dalam kenyataan hari ini.