18 MAC : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 27,004 kes baharu COVID-19 pada hari ini dan daripada jumlah itu, 26,285 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 719 adalah kes import.
Angka terbaharu jangkitan COVID-19 harian itu menjadi jumlah kumulatif meningkat kepada 3,927,437 kes
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, kategori 1: 11,163 kes (41.34%); kategori 2: 15,642 kes (57.92%); kategori 3: 63 kes (0.23%); kategori 4: 72 kes (0.27%) dan kategori 5: 64 kes (0.24%).
Daripada 199 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5, 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 82 kes (41.21%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak, 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.
Sebanyak 373 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 225 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes sembuh pula adalah 29,450 kes.
Sementara itu KKM turut mengesan sembilan lagi kluster baharu direkodkan, dengan 340 kluster masih aktif.