18 MAC : Prmimpin UMNO di negeri Johor dan Melaka diingatkan agar segera melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat setelah diberi mandat oleh rakyat dalam dua pilihan raya negeri baru-baru ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, UMNO dan Barisan Nasional kedua-dua negeri terbabit perlu segera membalas mandat yanh diberikan itu dengan bakti serta khidmat.
“Mandat ini terlebih laris, sasaran kita dua pertiga di Melaka tetapi kita dapat tiga perempat, tahniah kepada pengundi Melaka, manakala di Johor sasaran kita dua pertiga, ‘magic numbers” 38 tetapi kita dapat 40 kerusi.
“Namun bukan kejayaan itu yang harus kita riak, sombong. Tugas kita lebih besar, kita mesti jangan lengah apabila mandat besar daripada rakyat kita peroleh untuk melaksanakan apa yang kita bai’ahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, di atas keputusan meluluskan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.