20 MAC : Sebanyak 85 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik COVID-19 kini meningkat kepada 34,329 orang, daripada 3.94 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, terdapat 283,275 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 273,974 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,747 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 7,164 kes dirawat di hospital dan 390 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 171 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 219 lagi memerlukan mesin ventilator.