20 MAC : Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif COVID-19.
Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden PAS mengesahkan perkara tersebut, namun berkata Abdul Hadi hanya mengalami gejala ringan.
Muhammad Khallil yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri-, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata Abdul Hadi kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya dan berada dalam keadaan baik.
“Bersamalah kita mendoakan kesihatan ayahanda tuan guru (Abdul Hadi). Mohon doa kepada ayahanda Tuan Guru supaya diberi kesembuhan segera selepas disahkan positif COVID-19,” katanya menerusi laman Facebook miliknya hari ini.