20 MAC : Peperangan di Ukraine memperlihatkan penggunaan peluru berpandu hipersonik tentera Russuan yang canggih untuk memusnahkan sebuah gudang penyimpanan senjata di barat negara itu.
Peluru berpandu hipersonik bergerak lebih laju berbanding kelajuan bunyi sekali gus menjadikannya sukar untuk dijejaki dan dipintas pertama kali digunakan negara itu dalam peperangan terhadap Ukraine.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pasukan tenteranya menggunakan teknologi itu untuk menyerang depot senjata bawah tanah di kampung Deliatyn, kira-kira 100 kilometer (km) dari sempadan Ukraine dengan Romania.Ads by Kiosked
Sebelum ini, Moscow tidak pernah mengaku menggunakan senjata berketepatan tinggi dalam pertempuran. Rusia juga memaklumkan pasukan tenteranya berjaya menembusi benteng pertahanan di pelabuhan selatan Mariupol dan kini sudah berada di dalam bandar yang dilanda perang.
Datuk Bandar Mariupol mengesahkan tentera Ukraine dan Rusia terlibat dalam pertempuran senjata di pusat bandar itu yang diserang tanpa henti.