21 MAC: Jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan kes sebanyak 19,105 semalam.
Kali terakhir angka harian di negara ini bawah 20,000 kes adalah pada 10 Februari lalu dengan 19,090 kes.
Data di laman web COVIDNOW menunjukkan angka terbaharu semalam itu meliputi 18,719 penularan tempatan dan 386 kes import, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 3,993,124.
Selain itu, sebanyak 28,250 kes sembuh direkodkan semalam, menyumbang kepada jumlah 3,684,665 kes.
Sebanyak 274,059 kes masih aktif dengan 264,985 menjalani isolasi di rumah turut dilaporkan.
Seramai 1,623 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), manakala 7,080 dirawat di hospital.