21 MAC: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam proses menubuhkan Task Force Industri Kreatif bagi untuk membantu meningkatkan profesionalisme dan kesejahteraan penggiat industri kreatif.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata penubuhan Task Force ini bertujuan untuk meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif.
Katanya, ia termasuk dari segi kebajikan pengiat-pengiat seni, termasuklah artis, pelakon serta pekerja
belakang tabir, seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta perlindungan insurans.
“Task Force ini turut melibatkan keahlian wakil-wakil daripada industri dan persatuan seperti Persatuan Pengeluar Filem (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).
“Ia juga melibatkan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan lain-lain bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas sebagai input penting untuk melaksanakan inisiatif ini,” katanya menjawab soalan asal Dr Maslee Malik (PKR- Simpang Renggam) di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Maslee, beliau berkata, FINAS telah mengenakan memperkenal skim caruman PERKESO yang mensyaratkan semua syarikat produksi tempatan yang telah berjaya menerima dana kandungan pelan digital melalui pakej perlindungan rakyat pemulihan ekonomi untuk mencarum sebagai pekerja filem dan artis melalui produksi filem tempatan.
“Caruman PERKESO akan ditolak daripada jumlah dana tersebut yang berjaya diterima oleh syarikat produksi. KWSP juga ada syarat yang sama,” katanya.