21 MAC : Tidak ada sebarang tanda terdapat mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat terhempas, Boeing 737 milik Chinese Eastern Airlines yang ditemui oleh pasukan penyelamat.
Pesawat itu yang membawa 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal disahkan terhempas di wilayah Guangxi, China pada Isnin.
Menurut Reuters, media tempatan melaporkan terdapat penurunan mendadak dari segi altitud penerbangan sehingga ianya terhempas sebelum mencetuskan kebakaran di kawasan pergunungan.
“Tiada tanda kehidupan di antara serpihan nahas (pesawat),” kata seorang pegawai bomba wilayah itu.
Bagaimanapun, orang ramai dan media masih menanti laporan rasmi berkenaan punca nahas pesawat malang berkenaan. Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.Pesawat yang terlibat dalam nahas itu berusia enam tahun, dan dan sedang terbang pada altitud 29,100 kaki pada jam 0620 GMT.
Selepas dua minit 15 saat, data menunjukkan pesawat itu turun ke paras ketinggian 9,075 kaki.Jejak terakhir yang terpapar dalam rekod FlightRadar24 adalah pesawat itu terus menjunam ke paras 3,2225 kaki.