21 MAC : Sebuah pesawat penumpang China Timur yang membawa 133 orang penumpang telah terhempas di barat daya China di mana jumlah kematian masih tidak diketahui setakat ini, lapor penyiaran CCTV hari ini.
Pesawat Boeing 737 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou, wilayah Guangxi dan ‘menyebabkan kebakaran menggunung’,” kata CCTV, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian.