nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia iktiraf sijil vaksinasi Vietnam

22 MAC: Malaysia bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi dari Vietnam secara timbal balas selepas negara itu turut melakukan tindakan sama pada Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia diputuskan selepas pihaknya melakukan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Vietnam, Pham Minh Chinh, melalui lawatan ke negara itu sejak Ahad lalu.

Mengulas lanjut, katanya, kedua-dua negara juga bersetuju mengadakan integrasi aplikasi MySejahtera Malaysia bersama PC COVID Vietnam.

“Vietnam sudah membuka sempadan antarabangsa mereka pada 15 Mac, manakala Malaysia juga membuat keputusan untuk membuka sempadan Malaysia dan beralih kepada fasa endemik bermula 1 April ini.

“Justeru, saya mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu di samping meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

“Dalam aspek vaksinasi, Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi dari Vietnam bukan sahaja berdasarkan kepada amalan timbal balas, tetapi mengambil kira yang negara itu turut menggunakan jenis vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam nota percakapan sidang media sempena lawatan rasmi ke Vietnam.

Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Vietnam sejak Ahad lalu itu mencerminkan kepentingan hubungan dua negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN, dengan kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2023.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, bagi memperingati ulang tahun itu, beliau turut mencadangkan pertukaran lawatan peringkat tertinggi negara itu, yang akan dimulai lawatan negara Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc ke Malaysia dalam tahun ini.

Ismail Sabri menambah, Vietnam merupakan rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia dalam ASEAN, dan ke-11 di peringkat global.

Katanya, pada 2021, perdagangan dua hala bernilai AS$16.7 bilion iaitu meningkat sebanyak 41.6% berbanding tahun 2020.

“Sebelum ini, kedua-dua negara telah menetapkan sasaran nilai dagangan USD18 bilion menjelang 2025. Kedua-dua negara bersetuju untuk menetapkan sasaran lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya lagi, Malaysia juga telah bersetuju untuk membekalkan 300,000 barrel petroleum (RON95)
kepada Vietnam setelah negara itu mengemukakan permintaan bekalan petroleum dan gas tambahan dari Malaysia.

Dari segi pelaburan antara dua negara, Perdana Menteri berkata ia bernilai AS$13 bilion dan Malaysia merupakan pelabur asing ke-9 terbesar di peringkat global dan ke-2 di peringkat ASEAN.

“Saya juga telah mengambil peluang menjemput pelabur-pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

“Antara bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, smart manufacturing, dan keselamatan
siber,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.