23 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 73 kematian baharu akibat COVID-19 semalam dengan 25 kes adalah kematian di luar hospital (BID).
Menurut laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah sebanyak 34,535 kes manakala 7,269 kes keseluruhan bagi kategori BID.
Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat COVID-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.
Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 59 kematian, diikuti Kedah dengan 58 dan Perlis (55).
KKM turut merekodkan 21,483 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,032,435.
Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.1 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 35.4 peratus.