23 MAC : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil maklum berhubung keputusan Dewan Rakyat hari ini yang menolak usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa subseksyen 4(5) Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA).
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani menerusi satu kenyataan hari ini berkata, SOSMA tidak akan memperuntukkan kuasa penahanan selama 28 hari selepas 13 Julai 2022 ini.
“Justeru, kuasa penahanan selama 28 hari seperti sebelum ini tidak akan diguna pakai terhadap individu yang ditahan bagi siasatan di atas perkara yang melibatkan kesalahan terhadap negara, kesalahan berkaitan keganasan dan kesalahan jenayah terancang selepas 13 Julai ini,”katanya.