23 MAC: Dua terbunuh apabila sebuah pesawat Tentera Udara Pakistan bagi tujuan latihan, terhempas berhampiran Peshawar, Karachi semalam.
Tentera udara dalam satu kenyataan berkata pesawat itu terhempas ketika misi latihan rutin dan mengorbankan dua juruterbang berkenaan.
Bagaimanapun, jurucakap tentera berkata, tiada kehilangan nyawa atau harta benda dilaporkan di lapangan.
Lembaga siasatan turut diarahkan oleh Ibu Pejabat Udara untuk mencari punca kejadian.
Angkatan bersenjata Pakistan mengalami beberapa kemalangan udara dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pada November 2015, nahas mengorbankan seorang juruterbang jet wanita dalam latihan.
Pada Mei 2015, sebuah helikopter tentera yang membawa diplomat untuk memeriksa projek pelancongan juga terhempas dan membunuh tujuh orang, termasuk duta Norway dan Filipina.
Satu lagi helikopter tentera yang digunakan sebagai ambulans udara terhempas pada Ogos 2015 berhampiran daerah utara Mansehra, mengorbankan 12 orang. – REUTERS