24 MAC: sebanyak 65 kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan semalam termasuk 15 kes adalah kematian di luar hospital (BID).
Menurut laman sesawang COVIDNOW, angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 34,600 kes.
Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,284 kes.
Laporan berkenaan turut memaklumkan purata 27 kematian direkodkan daripada sejuta populasi bagi tempoh dua mingu lepas.
Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan 22,109 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,021,730.
Daripada jumlah itu, 241,114 individu atau 96.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,366 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 6,051 kes dirawat di hospital dan 332 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).