24 MAC : Pasukan penyiasat pesawat penumpang China Eastern Airlines yang terjunam ke lereng gunung bersama 132 penumpang di dalamnya menjumpai kotak hitam yang merupakan perakam suara kokpit.
Perkada itu disahkan oleh seorang pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) kepada pemberita hari ini.
Kotak hitam itu dilihat terselamat berdasarkan bentuknya yang agak baik dan kini dihantar ke Beijing untuk dianalisa.
Perakam suara kokpit akan membolehkan penyiasat mendapat tahu butiran komunikasi antara tiga juruterbang pesawat itu, yang lebih daripada keperluan biasa dalam pesawat Boeing 737-800.
Penerbangan MU5735 terjunam ketika dalam perjalanan dari bandar barat daya Kunming ke Guangzhou, Isnin lalu apabila pesawat itu sepatutnya mulai turun sebelum mendarat.
Menurut laman web penjejakan penerbangan FlightRadar24, pesawat berkenaan kelihatan terkeluar sebelum terjunam ke cerun berhutan tebal di kawasan pergunungan Guangxi di selatan China.
Pihak berkuasa China turut berkata, juruterbang tidak menjawab panggilan berulang kali daripada pengawal trafik udara ketika ia turun dengan pantas.
Ketika ini, masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas dan menurut pakar ia mungkin pelbagai faktor namun yang pastinya tiada mangsa terselamat ditemui.
Semalam seorang pegawai berkata, kapten penerbangan itu berkhidmat pada Januari 2018 dan mempunyai pengalaman terbang selama 6,709 jam, manakala pegawai pertama dan kedua pula masing-masing mempunyai 31,769 jam dan 556 jam.
Syarikat itu berkata, seorang pembantu juruterbang adalah pemerhati yang ditugaskan untuk membina pengalaman, namun nama mereka tidak didedahkan.