nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penurunan indeks jenayah bukti kecemerlangan polis

25 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara, membuktikan kredibiliti warga kerja polis dalam menjaga keamanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerahkan untuk penugasan OP COVID-19 sepanjang penularan virus itu.

Mengulas lanjut, katanya, ia terbukti apabila jenayah indeks bagi tempoh Januari dan Februari tahun ini menurun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Selain itu, saya dimaklumkan bahawa jenayah indeks bagi tahun 2021 juga menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan itu dan lebih membanggakan, PDRM tetap komited dalam mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dalam keadaan COVID-19,” katanya dalam ucapan perbarisan sambutan peringatan Hari Polis ke-215, di Dataran Kawad PULAPOL, di Kuala Lumpur hari ini.

Sambutan Hari Polis ke-215 diserikan dengan perarakan polis di PULAPOL, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menggesa seluruh Keluarga Malaysia berganding bahu dan bekerjasama dengan PDRM bagi mengurangkan jenayah serta membanteras tindakan anasir yang cuba menggugat kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, dalam konteks menjaga keamanan negara, bebanan itu tidak sepatutnya diletakkan pada bahu pasukan keselamatan seperti PDRM semata-mata.

Kerajaan sedar tugas kepolisan dalam menangani kes jenayah semakin kompleks, lebih-lebih lagi dengan pengwujudan teknologi dan pelbagai aplikasi media sosial yang disalahgunakan untuk perbuatan jenayah.

“Semua ini menuntut PDRM menanganinya secara tegas, strategik dan berkesan demi memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara,” katanya.

Beliau pada masa sama, mengakui kerajaan berpuas hati dengan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan ditunjukkan PDRM dalam memikul amanah, termasuk dalam menangani ancaman militan.

Dalam konteks COVID-19, Perdana Menteri berkata kerajaan menghargai peranan dimainkan anggota PDRM sebagai barisan hadapan yang banyak membantu meringankan beban Keluarga Malaysia ketika pandemik.

Sepanjang dua tahun ini, katanya Keluarga Malaysia terpaksa melalui kehidupan amat mencabar dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak bagi mengurangkan beban akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan amat prihatin terhadap keperluan pasukan polis untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi dan membanteras kejadian jenayah kerana soal keselamatan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

“Justeru, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan panas, memerah keringat dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana,” katanya.

Ismail Sabri dibawa memeriksa perbarisan PDRM di di Dataran Kawad PULAPOL, di Kuala Lumpur hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.