27 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 34 kematian baharu akibat COVID-19 termasuk lapan kes adalah kematian di luar hospital (BID) semalam.
Menurut laman sesawang COVIDNOW, angka tersebut menjadikan masing-masing jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 34,751 kes manakala BID sebanyak 7,326 kes.
Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 23 orang daripada sejuta populasi kematian akibat COVID-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.
Perak menjadi negeri tertinggi merekod purata kematian setakat ini dengan 51 diikuti Kedah (44) dan Melaka (41).
KKM turut merekodkan 20,923 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,122,004.
Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.9 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.7 peratus.