27 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkuat kuasa hari ini.
Ramlee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
“Tahniah YB Datuk Ramlee Bohani yang juga merupakan ADUN Kempas. Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, sebentar tadi.
“Selamat menjalankan tugas YB Datuk,” katanya di Facebooknya hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini, Ramlee memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dalam persaingan empat penjuru.
Pada 15 Mac, Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, dilantik menjadi Menteri Besar Johor.