28 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8.39 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan MetMalaysia melalui akaun sosial rasminya bahawa gempa itu berlaku dengan kekuatan magnitud 3.8.
Jarak gempa dilaporkan 47 kilometer dari timur Pitas dengan kedalaman tujuh kilometer.
Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya dan pihaknya akan terus memantau keadaan terbabit.