29 MAC : Tiga orang dilaporkan maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan yang melibatkan lebih 50 kenderaan di timur Pennsylvania.
Menurut koroner daerah, Dr David J.Moylan, kerja-kerja menyelamat masih dijalankan dan belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.
Nahas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada ribut salji yang mengaburkan penglihatan.
Kakitangan kecemasan dari empat daerah berbeza bergegas ke lokasi kejadian dan sehingga kini telah membawa kira-kira 20 pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan.
Rakaman yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan nahas berlaku apabila sebuah treler berada di luar kawalan merempuh sebuah lori sampah.