29 MAC : Sebanyak 13,336 kes positif baharu COVID-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu kini mencecah 4,152,203.
Manakala, sebanyak 25,552 kes sembuh daripada COVID-19 direkodkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,896,489 kes pulih di negara ini.
Kes aktif pula adalah sebanyak 220,872 di mana sebilangan besar menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 214,723 pesakit.
Bilangan pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadi tiga angka semalam, dengan sebanyak 873 kes manakala 4,988 kes lagi dirawat di hospital.