1 APR: Tiga maut dan seorang cedera parah apabila dua jet pejuang pelatih tentera udara Korea Selatan bertembung di udara dan terhempas di bandar tenggara itu, Xinhua memetik laporan agensi berita Yonhap hari ini.
Dua jet pejuang pelatih KT-1 berlanggar antara satu sama lain semasa penerbangan latihan dan jatuh ke tanah di Sacheon, sekitar 440 kilometer (km) tenggara ibu kota Seoul, kira-kira jam 1.36 petang waktu tempatan.
Antara empat mangsa di dalam jet malang itu, tiga disahkan maut dan seorang cedera parah.
Tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan dari rumah persendirian berhampiran tempat kejadian.
Pihak berkuasa bomba didakwa menghantar dua helikopter, 14 kenderaan dan 35 anggota ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar perlanggaran itu. – BERNAMA